Tujuh Sekawan Dicekup



Hai Blogger ! yang ni aku nak cerita pasal Tujuh Sekawan Dicekup kerana mencuri motosikal. kenapalah curi motosikal ? korang kekurangan motosikal ke ? kalau kekurangan, mintalah ibu bapa korang. jangan mencuri. tak baikk :DD berita hari ini.

BATU PAHAT:Tujuh sekawan termasuk remaja berusia 17 tahun yang terbabit dalam kegiatan polis kurang 24 jam selepas mencuri motosikal di sebuah kilang di Parit Raja di sini, 11 Mei lalu.
       Kumpulan itu yang dianggotai ahli berusia antara 17 tahun hingga 25 tahun aktif mencuri motosikal sejak hampir setahun lalu dan menjadikan kekunci L sebagai senjata utama untuk melarikan kenderaan berkenaan.
       Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata , tangkapan pertama di buat kurang 24 jam selepas kumpulan terbabit mencuri sebuah motosikal milik seorang pekerja kilang.
       “Kami melakukan sekatan jalan raya dan dua suspek yang menunggang sebuah motosikal Yamaha RXZ kelihatan mencurigakan ketika mahu melepasi sekatan berkenaan.
       “Mereka tiba-tiba cuba melarikan diri namun berjaya ditahan dan pemeriksaan mendapati motosikal berkenaan dilaporkan hilang di sebuah kilang di Parit Raja,” katanya ,semalam.
       Menurut Din, hasil soal siasatan , dua suspek itu mengaku terbabit dalam curi motosikal dan menjadikan parker awam serta kawasan kilang sebagai sasaran utama.
       Selain itu, suspek turut mengaku menjalankan kegiatan terbabit bersama lima rakan yang berada di Simpang Renggam.
       “Kami melakukan serbuan di beberapa kediaman di sekitar Simpang Renggam berjaya menahan lima suspek,”
       “Penahanan ketujuh-tujuh suspek membolehkan kami menyelesaikan sekurang-kurangnya tujuh kes curi motosikal di Batu Pahat, satu di Kluang, dan dua lagi di Simpang Renggam,”katanya.
       Menurut Din, turut ditemui ialah motosikal, dua enjin motosikal selain satu rangka kenderaan berkenaan.
`      Din berkata, pemeriksaan mendapati dua daripada suspek positif dadah.Semuanya yang kini direman tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
       “Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,”katanya.


Jadi, yang dah dewasa tu janganlah curi motosikal .. Kalau nak motosikal. Mintak lah ibu bapa korang. Talk slowly dengan ibu bapa korang. Insyaallah ibu bapa korang bagi. Okaylah, amek pengajaran lah.
Jaga nama keluarga anda dan maruah anda.
Itu je cerita aku. Kbye.
Assalammualaikum. xDD



No comments: