Awasi Pelajar Sekolah Ponteng



Hai kawan kawan, Harini aku nak cerita pasal berlakunya global diluar dari berita metro.

BATU PAHAT: Pelajar di daerah ini yang berhasrat ponteng sekolah perlu berfikir dua kali kerana pergerakan mereka kini diperhatikan.
          Malah, pelajar yang asyik melayari Internet di kafe siber atau bersiar di pusat beli-belah juga diminta tidak terkejut jika tiba-tiba dihampiri anggota polis bersama wakil Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Daerah Batu Pahat.
          Itu antara modul akan digunakan PPD Daerah Batu Pahat bagi memastikan gejala ponteng sekolah khasnya di daerah berkenaan dibendung.
          Penolong PPD Daerah, Kuswandi Tayen berkata, pihaknya memandang serius gejala ponteng dan Program Anti Ponteng (PAP) sudah dijalankan bagi memantau keadaan itu.
          “Setakat ini, gejala ponteng sekolah di daerah ini terkawal dan sentiasa dalam perhatian pengurusan sekolah serta PPD.
          “Bagaimanapun, pemantauan dan pemerhatian lanjut sentiasa dilakukan bagi memastikan pelajar bebas gejala terbabit,katanya”.
          Menurut Kuswandi ,pihaknya turut bekerjasama dengan polis menangani gejala terbabit dan akan bergerak bersama-sama menahan pelajar ponteng sekolah sekiranya menerima maklumat.
          Kuswandi berkata, pelajar yang ponteng sekolah akan dibawa ke PPD sebelum diberikan motivasi untuk mereka meninggalkan tabiat buruk terbabit selain menumpukan perhatian pada pelajaran.
          “Bagi kesalahan ponteng sekolah , beberapa fasa amaran diberikan pengurusan sekolah manakala pelajar terbabit pula diberikan kaunseling.Ia turut dimaklumkan kepada penjaga mereka,katanya”
          Dalam perkembangan berlainan , Kuswandi berkata , PPD Daerah Batu Pahat akan  mengadakan sambutan sempena Hari Guru pada Khamis ini di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Sulaiman.


Jadi , kawan-kawan semua , janganlah nak ponteng sekolah kay.. Nanti korang jugak yang susah sebab kena pergi PPD .. Duduk je diam-diam kat sekolah .. Okaylah , ni je cerita aku harini .. Nanti apa-apa aku post lagi kay .. Byebye JJ


No comments: