I like it.


Hello korang semua. korang sihat ? hmm, sihat ea. alhamdulilah. 
Err, ape ? korang tanye aku pulak yang aku sihat ke tak. Erm, aku kurang sihat. 50-50 je kot. dah dua hari aku demam, start hari isnin dan selasa so hari isnin dan selasa aku tak datang sekolah. harini ni baru aku dapat hadirkan diri aku kat sekolah. hewhew :)
pening kepala aku dah berkurangan sikit. sakit seselma aku dah baik lah jugak cuba batuk je tak berkurangan lagi. Err, tekak aku terasa gatal asyik nak batuk je. haish. -,-
Hrm, dah dah. tutup cerita pasal kesihatan aku. dzzz, sebenarnya tajuk tu takde kena mengena pun dengan ape yang aku nak cerita sekarang. ape motif aku letak tajuk tu. hm, saje nak letak tajuk tu sebab aku taktahu nak letak tajuk ape dan aku suke gambar yang kat atas tu. nampak kan. hehe :DD

Hmm, pagi tadikan aku datang sekolah tak bawak motor. sebab ape ? hmm, sebab aku malas hari hari dan pagi pagi tolak motor je. memenatkan aku je. baik baik pagi tu aku ade mood nak datang sekolah dan ade semangat nak datang sekolah sampai pintu pagar parking motor kena tolak motor. memang nasibb ahh ! so sekarang aku dah malas nak bawak motor. adik aku je yang hantar aku pergi sekolah. kalau aku terasa ade mood nak pergi sekolah naik motor. baru aku naik motor kayy so tunggu aku jela pintu pagar parking motor nak catat nama aku. hahaha xDD

Okayy, aku pergi sekolah harini, adik aku yang hantar. hrm, sampai sekolah macam biasalah kan. pergi tapak perhimpunan. dengar ceramah sekejap. dah habis ceramah tetibe pengawas bagi pengumuman yang uniform PBSM tinggal kat tapak perhimpunan. Err, bafak ahh. ni kenapa pulak. takkan kawad lagi kot. dzzz, tengah fikir fikir tetibe cikgu Norza cakap PBSM jangan lari. saya nak berjumpa dengan awak semua. huhh ! aduhh, aku dah panik je. kenapa pulak ni. haish ! -,-' lepastu, semua pelajar dah bersurai kecuali uniform PBSM je.
cikgu Norza suruh uniform PBSM berkumpul rapat rapat dan dekat dekat supaya boleh dengar. kitaorang dengan pantasnya bergerak lah. lepastu, cikgu Norza bagi ceramah yang kitaorang sebagai PBSM tak buat tugasan sebagai seorang PBSM. ape ni ? kata PBSM tapi korang semua tak buat tanggungjawab korang. hmm, kitaorang diam je. taktahu nak cakap ape dah. tak lama kemudian cikgu Norza suruh tulis nama kat kertas. Err, nak buat ape ? nak dipilih jadikan PC untuk hari sukan tahunan. Argghh ! aku taknak jadi PC. aku tak pakar semua ni. hehe, *nama je PBSM tapi itu pun taktahu* hahaha xDD
lantak lah, tulis jela nama. hmm, dah lepas tulis nama. ingat dah boleh masuk kelas. tapi tak pun. kena tulis nama untuk ahli kawad pulak. alahaii, tulis nama lagi. erm, dah siap tulis nama untuk ahli kawad baru dapat masuk kelas. okay, bagus :D


Jalan, jalan, jalan, akhirnya sampai jugak kat kelas aku. huhu, sebelum masuk kelas ketuk pintu dan beri salam. dah nak masuk kelas tu tetibe ada seorang budak lelaki kelas aku. nasruddin namanya tapi budak kelas panggil dia oden. hehe, oden cakap kat aku 'Ehh, wujud lagi minah ni'. ingat dah tak wujud lagi. Err, siot je ayat kau oden. huhh ! sabar jela. Erm, masuk kelas duduk kat tempat aku. berbual dengan kawan aku yang dah 2hari tak jumpa. kahkah ^,^ macam macam berbual sampai naik gilaa aku layan diaorang. haha, ape seyh. hilang tension aku. kecut perut aku asyik ketawa je. :DD
hihihi, dah dah, aku nak tukar topik kejap. sampai sini jela cerita kat sekolah aku.
lain kali aku sambung lagi ea. hewhew

aku nak cerita pasal gambar kat atas tu. Ermm, korang faham kan ape maksudnya. ok, faham kan. good. 
ayat kat gambar atas tu mesti korang pernah rasakan. Eleh, tipu je korang tak pernah rasa. setiap orang mesti pernah rasalah. hmm, aku nak cerita yang jujur aku cakap yang aku pernah benci seseorang tu tapi berucap dari bibir je. hati aku tak boleh membenci dia. hmm, jangan tanya kenapa. mungkin bila kita dah sayang seseorang tu memang susah kita nak benci orang tu kan. aku maksudkan orang yang sering rapat dengan kita, memahami perasaan kita dan mengembirakan diri kita. macam kawan kawan, pakwe/makwe. :)
bagi aku kan, terus terang aku cakap aku tak kesah orang tu aku tak rapat, tak faham aku, takde buat aku gembira tapi dalam diri aku. aku tak pernah bencikan orang. terus terang aku cakap yang seumur hidup aku, aku tak pernah benci orang even orang tu banyak buat aku sakit hati ke, banyak buat aku nangis ke. tapi dalam hati aku tak terdetik pun nak membenci seseorang. entah lah, aku susah lah nak benci orang. *taktahu kenapa dan jangan tanya aku kenapa* dzzzz
hmm, okay lah, sampai sini je dulu post aku.
Bubye, Assalammualaikum


p/s : Allah sentiasa bersama orang yang sabar dan benar. :)

p/s : jika Allah dah ditakdirkan kita bersama, jodoh takkan kemana kann :'D

p/s : cinta tu kebahagiaan, nafsu tu kesusahan.





No comments: