5 Syawal



Hai hai korang semua. Aku nak sambung lagi episod cerita aku. Hehe
Okay, pada 5 syawal aku ada baraan kelas. Err, kitaorang plan sebelum cuti sekolah raya. Huhu
Hmm, malamnya sebelum 5 syawal. Kawan kawan aku semua dah mesej cakap pasal baraan kelas tuu.
Err, mula mula aku ingat aku tak dapat join baraan kelas tapi alhamdulilah. Dapat jugak join setahun sekali. :)
 Erm. Kawan kawan aku cakap kumpul kat depan sekolah pukul 8.30 pagi. 
Dzzz,  aku cakap dalam hati ''gilaa laaa''. 8.30 pagi ? Aku rasa aku bangun lambat kot. Cepatnya lahaii gerak.
Hmm, time cuti biasanya aku bangun pukul 9 atau paling lambat pun pukul 10. Ish, terukkan anak dara ni. :P

Hmm. So, malam tuu aku dah set alarm handphone aku semata mata untuk baraan kelas. Hoho
Esok paginya aku bangun then siap siap untuk berkumpul kat depan sekolah. Aku pergi dengan adik aku.
Adik aku nak ikut. Aku pun bagi jelaa. Hrm. Ohh, yee. Btw, pic kat atas tuu baju kurung time aku pergi baraan kelas. Kekeke, Hijau tuuu xDD

Time aku pakai baju tuu, nampak okay je tapi bilaa aku nak naik motor agak susah pulak.
Kainnya macam sepit so terasa tak selesa untuk bawak motor. Aku tukar baju tapi tetap tema warna hijau jugak. Ceyh ceyh. wink wink :-*
Bila aku dah tukar baju baru aku terasa selesa. Takdelaa rimasss semacam je. Dzzz

Erm, pergi depan sekolah and tunggu kawan kawan class aku. Aku dah sampai tapi diaorang tak sampai sampai lagi. Apelaa, diaorang yang tetapkan masa, diaorang pulak yang lambat. Ish, sabor jelaa.
Aku tunggu je kawan kawan aku sampai. Hmm, tunggu tunggu tunggu. Akhirnya sampai pun. Hehe
Nasib baik cuaca time tuu tak panas. Angin kencang je. Hihi, sejuk je angin bertiup seperti di tepi pantai. :D
Diaorang dah sampai, kitaorang pun gerak laa pergi beraya. First beraya rumah jauh jauh dulu.
Baru rumah rumah yang dekat. Huhu

Banyak jugak laa rumah kawan kawan kelas aku yang aku dah tahu. Jauh jauh jugak laa meronda. Hehe
Kitaorang baraan kelas sampai pukul 5.30. Dzzz, penat wehh tapi tapi best gilaa tau.
Hehe, bayangkan daripada pukul 8.30 sampai 5.30. Berapa jam tuu ? 10 jam setengah tau. 
Arghh ! Taknak sakit pulak punggung aku ni asyik duduk kat atas motor je. Hmmm
Setiap kali beraya rumah kawan kawan aku asyik makan je. Perut aku dah macam jadi belon hang tau tak ?
Hahaha, lawak lawak. xDD Err, korang percaya tak umur aku 16 tahun still nampak duit raya bila beraya dengan kawan kelas aku. Percaya tak ? Hehe, kena percaya sebab meman benda tuu terjadii.
Hee, untungnya. Aku ingat umur dah meningkat ni tak dapat duit raya rupanya ada jugak yang murah hati. :D
Erm, beraya beraya. Pukul 5.30 dah habis semua. Itu pun ada yang tak pergi rumah kawan yang lain sebab diaorang takde. Tapelaa, lain kali jelaaaa. Huhh

Dah habis baraan kelas. Aku terus balik dengan adik aku. Hehehe
Balik rumah nenek aku, berehat rehat sekejap. Lepas tuuu tetibe ibu aku call suruh balik cepat sebab nak beraya rumah makusu aku. Hmm, aku dengan adik aku pun balik laa rumah cepat.
Dzzz, dah sampai rumah tuu. Aku mandi segala bagai. Siap siap semua.
Malam tuu tema baju pakai jubah. Hehe, makcik aku suruh pakai jubah.
Aku pun on jelaaa. Basuh jubahnya malam tuuu, esok malamnya pakai balik. Hehe
Ibu aku pun pakai jubah tau dengan adik aku sekali. 
Tak semua laa pakai jubah cuma yang ada jubah je pakai. Huhu

Okay, aku tahu korang mesti perasan yang aku asyik pakai jubah yang sama and mesti korang fikir aku tak basuh jubah tuu. Ehhh, tolong sikit ea. Aku basuh jubah aku tuu tau. Aku sayang gilaa gilaa kat jubah aku tuu.
Seriously, aku nak cakap yang aku tak rasa panas bilaa pakai jubah sebab jubah besar. Hehe

Time beraya kat rumah makusu aku. Family aku and lain lain ada amek gambar. Hehehe, seronok.
Team jubah amek gambar. Ceyh ceyh ! xDD

Team baju jubah. Suka tengok gambar ni. xDD

Campur aduk ! -,-

Cakti, Acu and Rayyan. Anak saudara aku.

Aku and adik adik aku. :)

Hmm, lepas amek gambar. Makusu aku ajak makan kat dapur. Kitaorang pun makan laa. 
Huhu, makan satay. Sedap tuuu. Biasa laaa, makusu aku pandai masak sebab tuu jadi katering. Hehe
Setiap tahun raya mesti makan satay tauu. Untungnya laa anak anak dia dapat ibu yang pandai masak.
Ehh, aku cakap macam ni bukan bermaksud ibu aku tak pandai masak ea. Ibu aku pandai masak cuma ibu aku aku jarang ada kat rumah sebab ibu aku kerja. So kitaorang jaga diri masing masing. Dzzz

Dah habis makan tuu, aku duduk duduk kejap dengan makcik aku cakti, acu dan adik aku. 
Huhu, geng anak dara lepak. Biasa laa, dah kekenyangan masa tuu makan satay.
Tengah lepak lepak tuu boleh pulak amek gambar lagi. Hehe, 
Plesing jee dengan muka kenyang + muka ngantok.

Makcik aku acu dengan adik aku ayu. Hehe, PEACE ! 

Haha, nak buat love tapi tak jadi. Jadi love tak jadi. Kekeke xDD

Muka kekenyangan + nganntok.

Hehe, lepas amek gambar. Kitaorang terus pergi ruang tamu.
Ni nak bergambar satu keluarga yang besar pulak. Ish, tak habis habis bergambar je.
Hmm, tapelaa. Setahun sekali kan. Buat kenangan kann. 



Dalam gambar ni takde gambar aku sebab aku kena jadi photograper tak bertauliah kejap.
Ehh, bukan kejap tapi lama. Asyik asyik tekan click untuk amek gambar.
Banyak pulak tuu aku amek gambar and semuanya sama je. Haish ! penat aku.
Kecewa tak dapat masuk dalam gambar ni. Urmmm :(
Okay laa, sampai sini jelaa post aku.
Nanti ada masa, aku update post lagi ea.
Bubye. Assalammualaikum

P/s : Sorry laa aku takde amek gambar time baraan kelas. Kitaorang beraya sekejap kejap je. Tak sampai 1 jam pun duk beraya kat rumah orang. Huhu







No comments: