Tanda Tanda Si Dia Adalah Jodoh kita.



Hai Blogger ! 
okayy ! hari ni aku nak tulis pasal tanda tanda si dia jodoh kita.
tentu ada diantara anda anda semua pernah bercinta kan ? okay, memang pernah. :)
urmm, aku tertanya tanya jugak siapa agaknya jodoh aku kan. dzzz. entah lah.
aku tanye, aku jawab soalan sendiri. hahaha
hurmm, aku tak sabar bertemu dengannya.
maklumlah, umur semakin meningkat kan.
apa apa pun, jodoh, pertemuan, semua ditangan Allah SWT. :)
kita sebagai manusia hanya mampu merancang je.
yang selebinya, Allah SWT yang tetapkan.
semoga Allah memberikan jodoh yang terbaik untuk kita semua okay ! AMIN.. :D


ha, Rina nak share maklumat.
saja je nak share maklumat ni. 
tak tahu lah betul ke tak. semua ketentuan Allah. Allahualam.

1.Bersahaja
kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia perpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak terkawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selera dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita. 


2.Senang Bersama
Walaupun kita selaluu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, tersa sedidkit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kita siang ataupun malam, ketiadaan terasa sedikit kehilangannya.


3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil penduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang ini. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tida ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia manjadi pasangan hidup kita.


4.sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang bolah dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila, dia jujur semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah yang sebaik baikya pilihan.


5.percaya mempercayai
Adakalanya rahsia ini perlu berkongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita akan selamat ditanganya ? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia rahsia kepasa kekasihnya berbanding rakan rkan yang lain. satu lagi kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui keprcayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua duanya.


6.senang berkerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling berkerjasama melalui hidup ini. kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan sesuatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja dilakukan perlulak ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukan bersama sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannyaa bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehudipan kita pasa masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan ?


7.Memahami Diri Kita
Bagi pasangan kang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangan. Semasa kita sakit, dia bawa ke klinik.. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersam kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita, dia juga bersedia mengalami pasang surut malam dalam percintaan. Kata orang, ''lidah sendiri lagikan tergigit'' , inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saar senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyipan rahsia kelemahannya dan bersedia meberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan untuk memnpamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9.Kata hati
Dengarakanlah kata hati. Kadangkala, manusia dikuriakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita ? Dengarkan kata hati dan buatlah pilihan. Serahkanlah segalanya pasa ketentuan yang maha berkuasa.


10.Solat Istikharah dan Tawakal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya peancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberikan petunjuk melaui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan pentunjuk, insya-Allah dengan izinya kita mendapat petunjuknya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan berserahlah kepadanya dan teruskan berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


okayy lah. aku nak share tu je.
dah lah bubye ! assalammualaikum.







No comments: