First Day School



Hai Blogger !
Well, korang ape khabar ? dah lama tak berborak dengan korang kan. hahaha
hmmm, aku taktahu nak cerita ape sebenarnya tapi dah title post harini ialah first day school
so aku nak bercerita tentang hari pertama aku sekolah.
aku naik sekolah rasa tak berapa seronok lah sebab ape ? hm, sebab cikgu lama dah tak ada, dah tukar jadual, dan dah tukar cikgu baru. alahaii, rasa membosankan. taktahu kenapa.
haaa, aku rasa macam takde semangat nak belajar.
lagi lagi jadual dah tukar jadi baru. huh ! memang sedih lah.
bertambah takde semangat nak belajar.
cikgu BM dah tukar, cikgu MT dah takde. dah pindah sekolah lain jadi ganti dengan cikgu baru.
aku tak pasti nama dia sebab aku cuma nampak nama dia Emilia.
Err, cikgunya boleh tahan lah jugak.
cuma kitaorang kurang faham belajar dengan cikgu baru tu. kitaorang lebih suka cikgu yang lama daripada yang baru. cikgu lama kitaorang cikgu muslimah. alolo, rindunya kat cikgu muslimah. -,-
cikgu ICT pun dah tukar jugak tapi cikgu yang gantikan ICT ni berbeza sikit.
cikgu ni best, cantik, sporting. hahaha, *suka suka suka*
untunglah kan. well, biasalah kan. *bangge sikit*
nama cikgu ICT tu sazilawati. Err, entah lah. berbelit aku sebut nama cikgu tu sebab tak pasti sama ada nama cikgu tu susilawati atau suzilawati atau sazilawati. entah lah. *pening*
okay, tukar topik pulak. nak cerita pasal cikgu BM.
haa, cikgu BM pun dah tukar.
alaaa, tak best. dulu cikgu BM lelaki. sekarang cikgu BM perempuan pulak.
bosan bosan bosan ! *tak suka tak suka tak suka* dzzzz :(
dan aku pun kurang faham belajar dengan cikgu BM ni.
hmm, cikgu BM lama aku cikgu saad.
cikgu ! sampai hati cikgu tinggalkan kitaorang. *nangis* :'(
nak tahu tak time cikgu BM baru tu masuk. cikgu  tu cerita pasal cikgu Saad.
cikgu tu cakap yang cikgu Saad berat sangat nak tinggalkan kelas kitaorang. *sedih*
lepastu cikgu tu tanya cikgu Saad yang cikgu Saad nak bagi cikgu tu kelas ape ?
hmmm, Cikgu Saad taktahu nak bagi kelas ape dan akhirnya cikgu tu cakap ''macam ni lah. cikgu Saad pejam kan mata dulu dan fikirkan baik baik nak bagi saya iaitu cikgu tu kelas ape ? 
difikir fikirkan balik cikgu Saad cakap yang cikgu Saad lepaskan kelas 4dedikasi.
memang sedihlah dengar cerita tu. airmata aku dah bertakung je kat mata. hmmm
lepastu cikgu Saad cakap kalau ada masa atau ada relief,  cikgu Saad nak masuk kelas 4dedikasi.
alaaa, sedih gilaaa wehhh. aku dah menangis masa tu. *nangis lagi*
dzzzz, cikgu sampai hati cikgu lepaskan kitaorang. hmm, tapelah.
kitaorang tahu yang kita ni nakal. tak dengar cakap cikgu tapi cikgu adalah yang terbaik untuk kita.
cikgu ! you're the best ! saya takkan lupakan jasa baik cikgu.
aku dah anggap cikgu Saad tu dah macam ayah angkat aku sebab dia layan kitaorang baik je even cikgu tu banyak mengugut nak rotan kitaorang lah, tu lah, ni lah tapi cikgu tetap tak buat. cikgu cuma cakap kat mulut je. hmm, setiap kali terserempak dengan cikgu Saad kan mesti kawan kawan aku tegur cikgu Saad dan cakap kat cikgu Saad ''cikgu, kitaorang miss cikgu'' hmmm, cikgu cuma membalas dengan senyuman je.
dan airmata cikgu pun mula nak bertakung. muka cikgu sedih je. urmm :'(
dah lah, aku harap ertukar jadual yang baru lagi dan harap dapat cikgu yang lama.
maksud aku cikgu yang masih ada kat sekolah lah. kalau cikgu yang dah takde tu atau cikgu dah pindah tu lain cerita lah. tak boleh nak buat ape ape. mungkin cikgu yang pindah tu murah rezeki dapat sekolah yang lebih baik. it's ok. :DD
ok lah, takde pape nak cerita lagi. 
bubye. assalamualaikum. :)





No comments: